1 Demikianlah firman TUHAN tentang negeri Moab,“Kasihanilah penduduk Nebo -kota mereka sudah musnah!Kota Kiryataim sudah direbut,kubunya yang kuat sudah roboh,dan rakyatnya dipermalukan;
2 kemuliaan Moab sudah lenyap.Musuh telah merebut kota Hesybon;musuh berkomplot untuk memusnahkan bangsa Moab.Kota Madmen akan menjadi lengang;tentera musuh akan menyerangnya.
3 Penduduk kota Horonaim berteriak,‘Keganasan! Kehancuran!’
4 Moab telah dimusnahkan;dengarlah tangisan anak-anak.
5 Dengarlah mereka menangis teresak-esakdi sepanjang jalan naik ke kota Luhit,mereka menangis kerana sedih,di sepanjang jalan turun ke kota Horonaim.
6 ‘Cepatlah!’ kata mereka.‘Larilah dan selamatkanlah diri kamu!Berlarilah seperti keldai liar di gurun!’
7 Hai Moab, engkau berharap kepada kekuatan dan kekayaanmu,tetapi sekarang engkau pun akan dikalahkan;Kamos, dewa kamu, bersama dengan para imam dan pegawai pemerintahakan dibuang ke negeri lain.