41 Kota-kota dan kubu-kubunya akan direbut. Pada hari itu askar-askar Moab akan ketakutan seperti perempuan yang sedang bersalin.
42 Moab akan musnah dan tidak lagi merupakan satu bangsa, kerana Moab telah menyombongkan diri terhadap Aku.
43 Kegentaran, lubang, dan perangkap sedang menunggu penduduk Moab. TUHAN telah berfirman.
44 Orang yang cuba melepaskan diri daripada kegentaran itu akan jatuh ke dalam lubang, dan orang yang cuba keluar dari lubang itu akan masuk ke dalam perangkap, kerana TUHAN telah menentukan waktu kehancuran bagi Moab.
45 Orang pelarian yang tidak berdaya cuba berlindung di Hesybon, kota yang pernah diperintah oleh Raja Sihon, tetapi sekarang kota itu sedang terbakar. Api telah menghanguskan kawasan di sempadan dan di kawasan pergunungan Moab, negeri orang yang suka berperang.
46 Kasihanilah orang Moab! Bangsa yang menyembah Dewa Kamos telah musnah; anak lelaki dan anak perempuan mereka telah ditangkap sebagai orang tawanan.
47 Tetapi pada masa yang akan datang, TUHAN akan menjadikan Moab makmur semula. TUHAN telah berfirman bahawa semua perkara itu akan berlaku kepada Moab.