22 Akulah TUHAN; mengapa kamu tidak takut akan Aku? Mengapa kamu tidak gementar di hadirat-Ku? Aku menjadikan pantai sebagai perbatasan laut yang tidak dapat dilampaui selama-lamanya. Laut dapat bergelora dan gelombang dapat mengamuk, tetapi tidak dapat melintasi perbatasan itu.
23 Tetapi kamu degil dan suka melawan; kamu telah menyeleweng dan meninggalkan Aku.
24 Kamu tidak pernah ingat untuk menghormati Aku, padahal Akulah yang mengirim hujan pada musim luruh dan pada musim bunga. Aku juga yang memberi kamu musim menuai setiap tahun.
25 Tetapi dosa kamu telah menghalang semua perkara baik itu sehingga kamu tidak dapat menikmatinya.
26 Orang jahat tinggal di kalangan umat-Ku. Mereka seperti orang yang menunggui jerat yang dipasang untuk menangkap burung, kerana mereka memasang perangkap untuk menangkap manusia.
27 Mereka seperti pemburu burung yang mengisi sangkar dengan burung, kerana mereka mengisi rumah dengan barang-barang yang diperoleh dengan penipuan. Demikianlah mereka menjadi berkuasa dan kaya,
28 serta gemuk dan makmur. Kejahatan mereka tiada batasnya. Mereka tidak membela hak anak yatim piatu, dan tidak berlaku adil terhadap orang yang tertindas.