28 serta gemuk dan makmur. Kejahatan mereka tiada batasnya. Mereka tidak membela hak anak yatim piatu, dan tidak berlaku adil terhadap orang yang tertindas.
29 Tetapi Aku, TUHAN akan menghukum mereka kerana semua perkara itu; Aku akan membalas perbuatan bangsa ini.
30 Suatu perkara yang dahsyat dan ngeri telah berlaku di negeri ini:
31 semua yang dikatakan oleh nabi-nabi dusta belaka; imam-imam memerintah mengikut arahan para nabi itu, dan umat-Ku suka akan perkara itu. Tetapi apakah yang dilakukan mereka pada akhirnya?”