12 tetapi kota kamu sendiri yang besar itu akan dihina dan dipermalukan. Babilonia akan menjadi kerajaan yang paling tidak penting antara semua kerajaan. Babilonia akan menjadi gurun yang kering dan kersang.
13 Oleh sebab kemurkaan-Ku, tiada sesiapa pun akan tinggal di Babel. Babel akan menjadi runtuhan, dan semua orang yang lalu di situ akan terkejut dan hairan.
14 Hai pasukan pemanah, aturlah barisan dan kepunglah Babel. Bidikkanlah segala panah kamu ke Babel, kerana Babel telah berdosa terhadap Aku, TUHAN.
15 Pekikkanlah tempik peperangan di sekeliling kota itu! Sekarang Babel telah menyerah. Tembok pertahanannya telah ditembusi dan dirobohkan. Aku sedang membalas dendam-Ku terhadap orang Babilonia. Oleh itu balaslah dendam kamu, dan perlakukanlah mereka sebagaimana mereka telah memperlakukan orang lain.
16 Jangan biar orang bercucuk tanam atau menuai di negeri itu. Semua orang bangsa asing yang tinggal di situ akan takut terhadap tentera yang menyerang mereka, lalu pulang ke negeri masing-masing.”
17 TUHAN berfirman, “Umat Israel seperti kawanan domba yang dikejar dan dicerai-ceraikan oleh singa. Mula-mula mereka diserang oleh raja Asyur, kemudian Raja Nebukadnezar dari Babilonia, mengerumit tulang-tulang mereka.
18 Oleh sebab itu, Aku TUHAN Yang Maha Kuasa, Allah Israel, akan menghukum Raja Nebukadnezar dan negerinya, sebagaimana Aku telah menghukum raja Asyur.