2 “Khabarkanlah berita itu kepada bangsa-bangsa!Isytiharkanlah berita itu!Kibarkanlah panji-panji dan umumkanlah berita itu!Janganlah rahsiakan berita itu!Kota Babel telah jatuh!Merodakh, dewanya telah dihancurkan!Berhala-berhala Babel telah dipermalukan,patung-patungnya yang menjijikkan telah diremukkan!
3 Suatu bangsa dari utara telah datang untuk menyerang Babilonia dan menjadikan negeri itu gurun. Manusia dan binatang akan lari, dan tiada lagi yang akan tinggal di situ.”
4 TUHAN berfirman, “Apabila masa itu tiba, penduduk Israel dan Yehuda akan datang bersama-sama sambil menangis dan mencari Aku, Allah mereka.
5 Mereka akan menanyakan jalan ke Sion, lalu menuju ke arah itu. Mereka akan membuat satu perjanjian kekal dengan Aku, dan tidak akan memungkirinya sampai selama-lamanya.
6 Umat-Ku seperti kawanan domba yang telah dibiarkan sesat di gunung-gunung oleh gembala-gembala mereka. Mereka seperti domba yang mengembara dari gunung ke gunung, dan sudah lupa akan tempat tinggal mereka.
7 Mereka diserang oleh sesiapa sahaja yang nampak mereka. Musuh mereka berkata, ‘Umat ini telah berdosa terhadap TUHAN. Oleh itu apa yang kita lakukan tidak salah. Nenek moyang mereka percaya kepada TUHAN, dan seharusnya mereka pun tetap setia kepada-Nya.’
8 Hai umat Israel, larilah dari Babilonia! Tinggalkanlah negeri itu! Kamu seharusnya yang terdahulu meninggalkan negeri itu!