33 TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman, “Orang Israel dan Yehuda ditindas. Semua orang yang menangkap mereka mengawal mereka dengan ketat dan tidak mahu melepaskan mereka.
34 Tetapi Dia yang akan menyelamatkan mereka itu kuat; nama-Nya ialah TUHAN Yang Maha Kuasa. Dia sendiri akan memperjuangkan perkara mereka, lalu membawa kedamaian ke bumi, tetapi Dia mendatangkan kesusahan kepada orang Babilonia.”
35 TUHAN berfirman,“Binasalah Babilonia!Binasalah penduduknya,para pemimpinnya dan orangnya yang bijaksana.
36 Binasalah nabi-nabinya yang berdusta -sungguh bodoh mereka!Binasalah askar-askarnya -alangkah takutnya mereka!
37 Musnahkan semua kuda dan kereta kudanya!Binasalah askar upahannya -alangkah lemahnya mereka!Musnahkan kekayaannya;rampaslah dan jarahlah.
38 Biarlah tanahnya menjadi kersang,dan sungai-sungainya menjadi kering.Babilonia penuh dengan berhala yang mengerikan,berhala yang menyebabkan pemujanya menjadi gila.
39 Oleh itu Babel akan menjadi tempat jin-jin dan roh-roh jahat serta burung-burung najis. Orang tidak akan tinggal di sana lagi sampai selama-lamanya.