5 Mereka akan menanyakan jalan ke Sion, lalu menuju ke arah itu. Mereka akan membuat satu perjanjian kekal dengan Aku, dan tidak akan memungkirinya sampai selama-lamanya.
6 Umat-Ku seperti kawanan domba yang telah dibiarkan sesat di gunung-gunung oleh gembala-gembala mereka. Mereka seperti domba yang mengembara dari gunung ke gunung, dan sudah lupa akan tempat tinggal mereka.
7 Mereka diserang oleh sesiapa sahaja yang nampak mereka. Musuh mereka berkata, ‘Umat ini telah berdosa terhadap TUHAN. Oleh itu apa yang kita lakukan tidak salah. Nenek moyang mereka percaya kepada TUHAN, dan seharusnya mereka pun tetap setia kepada-Nya.’
8 Hai umat Israel, larilah dari Babilonia! Tinggalkanlah negeri itu! Kamu seharusnya yang terdahulu meninggalkan negeri itu!
9 Aku akan membangkitkan beberapa bangsa yang kuat dari utara, dan menyebabkan mereka menyerang Babilonia. Mereka akan mengatur barisan untuk bertempur dengan Babilonia, lalu mengalahkannya. Mereka pemburu yang mahir. Apabila mereka memanah, panah mereka pasti mengenai sasaran.
10 Babilonia akan dijarah, dan orang yang menjarahnya akan mengambil apa sahaja yang dikehendaki mereka. Aku, TUHAN, telah berfirman.”
11 TUHAN berfirman, “Hai penduduk Babilonia, kamu telah menjarah umat-Ku. Kamu gembira dan bersukacita, melompat-lompat seperti lembu yang mengirik gandum atau seperti kuda yang meringkik,