1 Hai orang Benyamin, larilah untuk menyelamatkan diri! Tinggalkanlah Yerusalem! Bunyikan trompet di Tekoa dan nyalakan api isyarat di Bet-Kerem! Bencana dan malapetaka hampir tiba dari utara.
2 Kota Sion indah sekali, tetapi kota itu akan dimusnahkan;
3 raja-raja dengan tentera mereka akan berkhemah di sana. Mereka akan memasang perkhemahan di sekeliling kota itu, masing-masing di tempat yang disukai.
4 Mereka akan berkata, “Bersiaplah untuk menyerang Yerusalem! Bersiaplah! Kita akan menyerbunya pada waktu tengah hari!” Tetapi kemudian mereka akan berkata, “Sudah terlambat! Hari sudah mulai gelap, bayang-bayang sudah mula memanjang.
5 Kita akan menyerbu pada waktu malam, dan menghancurkan kubu-kubu kota itu.”
6 TUHAN Yang Maha Kuasa telah memerintah raja-raja itu untuk menebang pokok dan membuat tambak untuk mengepung Yerusalem. TUHAN berfirman, “Aku akan menghukum kota ini kerana banyak sekali penindasan berlaku di situ.