7 Sebagaimana mata air tetap mengeluarkan air, begitu pula kota itu tetap menghasilkan kejahatan. Aku mendengar tentang keganasan dan kemusnahan di kota itu; Aku nampak penyakit dan luka di situ.
8 Hai penduduk Yerusalem, biarlah kesusahan itu menjadi amaran bagi kamu! Jika kamu tidak mengendahkan amaran itu, Aku akan meninggalkan kamu; Aku akan mengubah kota kamu menjadi gurun yang tidak didiami orang.”
9 TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman kepadaku, “Israel akan disapu habis seperti ladang anggur yang buah anggurnya telah dipetik semua. Oleh itu, sementara masih ada masa, selamatkanlah orang yang masih hidup.”
10 Aku menjawab, “Siapakah yang akan mendengar aku jika aku memberikan amaran kepada mereka? Mereka degil dan tidak mahu mendengar perkhabaran-Mu; mereka mentertawakan perkhabaran-Mu yang kusampaikan.
11 Kemurkaan-Mu terhadap mereka juga membara dalam diriku, ya TUHAN! Aku tidak dapat menahannya lagi.”Kemudian TUHAN berfirman, “Lampiaskanlah kemurkaan-Ku terhadap anak-anak di jalan-jalan raya dan kepada orang muda yang sedang berkumpul. Suami isteri akan ditangkap, dan orang yang sudah lanjut usia pun akan ditangkap.
12 Rumah mereka akan diberikan kepada orang lain, begitu juga ladang dan isteri mereka. Aku akan menghukum penduduk negeri ini.
13 Semua orang yang besar mahupun yang kecil, mencari keuntungan dengan cara yang tidak jujur. Bahkan nabi dan imam pun menipu orang.