24 Tetapi mereka tidak mahu mendengarkannya dan tidak mahu memperhatikannya. Malah mereka menuruti kehendak hati mereka yang keras dan jahat. Oleh itu mereka menjadi semakin jahat dan tidak menjadi lebih baik.
25 Sejak nenek moyang kamu keluar dari Mesir sampai hari ini, Aku sentiasa mengutus hamba-hamba-Ku, para nabi, kepada kamu.
26 Tetapi tiada sesiapa pun yang mendengarkan atau memperhatikan mereka. Malah kamu menjadi lebih degil dan lebih suka memberontak daripada nenek moyang kamu.
27 Oleh sebab itu, hai Yeremia, sekalipun engkau menyampaikan semua firman ini kepada umat-Ku, mereka tidak akan mendengarkan engkau. Walaupun engkau memanggil mereka, mereka tidak akan menyahut.
28 Engkau akan memberitahu mereka bahawa mereka ialah suatu bangsa yang tidak mahu mentaati Aku, TUHAN Allah mereka, dan mereka tidak mahu belajar daripada hukuman yang telah dijatuhkan kepada mereka. Kesetiaan mereka kepada-Ku sudah lenyap, malah tidak diceritakan lagi.”
29 TUHAN berfirman,“Hai penduduk Yerusalem, merataplah;potonglah dan buanglah rambut kamu.Nyanyikanlah lagu perkabungan di atas puncak perbukitan,kerana Aku, TUHAN sedang murkadan telah menolak kamu semua.
30 Penduduk Yehuda telah melakukan kejahatan. Mereka telah meletakkan berhala-berhala mereka yang Kubenci itu di dalam Rumah TUHAN, sehingga menajiskannya.