14 Umat Allah berkata, “Mengapa kita tidak berbuat apa-apa? Marilah kita lari ke kota-kota berkubu; biarlah kita mati di sana. TUHAN, Allah kita telah mengambil keputusan untuk membiarkan kita binasa. Dia telah memberi kita racun untuk diminum kerana kita berdosa terhadap-Nya.
15 Sia-sia sahaja kita mengharapkan kedamaian dan masa penyembuhan, kerana yang datang hanya ketakutan.
16 Musuh sudah berada di kota Dan; dengus kuda mereka sudah kedengaran. Seluruh negeri ketakutan apabila kuda mereka meringkik. Musuh sudah datang untuk menghancurkan seluruh negeri kita, dan juga kota kita serta semua penduduknya.”
17 TUHAN berfirman, “Perhatikanlah! Sekarang Aku mengirim ular ke tengah-tengah kamu untuk mematuk kamu, ular berbisa yang tidak dapat dipukau.”
18 Hatiku sedih dan pedih,kedukaanku tidak dapat diubati.
19 Dengarlah! Di seluruh negeriaku mendengar bangsaku berseru,“Tiadakah TUHAN di Sion lagi?Di manakah raja Sion kini?”TUHAN, raja mereka menjawab,“Mengapa kamu membangkitkan kemurkaan-Ku?Aku murka kerana kamu menyembah berhala kamudan bersujud kepada dewa-dewa asingyang sama sekali tidak berguna.”
20 Umat Israel berseru,“Musim panas dan musim menuai sudah berlalu,tetapi kami belum diselamatkan.”