1 Alangkah baiknya jika kepalaku seperti perigi yang penuh dengan air,dan mataku seperti pancuran yang terus mengalir,supaya aku dapat menangis siang dan malam,meratapi orang sebangsaku yang dibunuh lawan.
2 Alangkah baiknya jika aku mempunyai tempat menginap di gurun,supaya aku menjauhkan diri daripada bangsaku.Mereka semua tidak setia,mereka orang pengkhianat semuanya.
3 Mereka selalu sedia untuk berdusta;di seluruh negeri, yang benar tidak berkuasa,sebaliknya ketidakjujuran merajalela.TUHAN berfirman,“Umat-Ku tidak henti-henti melakukan kejahatan,mereka tidak mengakui Aku sebagai Allah mereka.”
4 Setiap orang harus waspada terhadap kawan;saudara sekandung pun tidak dapat dipercayai.Mereka seperti Yakub yang menipu saudaranya,dan setiap orang memfitnah kawannya.
5-6 Mereka semua memperdaya kawan,tidak seorang pun yang bercakap benar.Mereka sudah biasa bercakap dusta,mereka tidak mahu berhenti berdosa.Kekejaman demi kekejaman,penipuan demi penipuan,terus-menerus dilakukan.TUHAN berfirman bahawa umat-Nyatidak mahu mengenali Dia.