Yeremia 9:19-25-26 BM

19 Dengarlah suara tangisan di Sion,“Kami sudah hancur!Kami sangat dipermalukan.Kami harus meninggalkan negeri kami;rumah kami sudah dirobohkan.”

20 Aku berkata, “Dengarlah firman TUHAN, hai kaum wanita,perhatikanlah firman-Nya.Ajarlah anak-anak perempuan kamu cara meratap,ajarlah kawan-kawan kamucara menyanyikan lagu perkabungan.

21 Maut telah masuk melalui jendela,dan masuk ke dalam istana kita;maut telah menerkam anak-anak di jalan rayadan kaum belia di lapangan terbuka.

22 Mayat bertaburan di mana-mana,seperti timbunan baja di tanah,seperti gandum yang dipotong dan ditinggalkan oleh para penuai,dan tidak dikumpulkan oleh sesiapa.TUHAN menyuruh aku memberitakan perkhabaran itu.”

23 TUHAN berfirman,“Orang bijak tidak boleh berbangga kerana kebijaksanaan mereka,orang kuat tidak boleh berbangga kerana kekuatan mereka,dan orang kaya tidak boleh berbangga kerana kekayaan mereka.

24 Jika sesiapa hendak berbangga,dia harus berbangga kerana dia mengenal dan memahami Aku,dan bahawa Akulah TUHAN yang mengasihi orang selama-lamanya,dan Aku melakukan yang adil dan benar.Semua itu menyenangkan hati-Ku.Aku, TUHAN, telah berfirman.”

25-26 TUHAN berfirman, “Masanya akan tiba apabila Aku menghukum orang Mesir, Yehuda, Edom, Amon, Moab, dan penduduk padang gurun yang memendekkan rambut mereka. Semua orang itu telah bersunat, tetapi tidak memegang perjanjian yang dilambangkan oleh sunat itu. Tiada seorang antara mereka dan tiada seorang antara orang Israel yang memegang perjanjian-Ku.”