7 Oleh itu TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman,“Seperti orang memurnikan logam, umat-Ku akan Kuuji,supaya mereka menjadi murni.Apa lagi yang dapat Kulakukanterhadap umat-Ku yang telah melakukan kejahatan?
8 Lidah mereka bagaikan panah yang berbisa;mereka tidak habis-habis berdusta.Kata-kata mereka manis memikat,tetapi sebenarnya mereka memasang jerat.
9 Tidakkah Aku harus menghukum mereka kerana perbuatan itu?Tidakkah Aku harus membalas dendam terhadap bangsa seperti itu?Aku, TUHAN, telah berfirman.”
10 Aku, Yeremia, berkata, “Aku akan meratapi gunung-gunungdan menangisi padang rumput,kerana semuanya sudah keringdan tidak dilalui orang.Bunyi ternakan tidak kedengaran lagi;burung serta binatang liar sudah lari dan pergi.”
11 TUHAN berfirman,“Aku akan menjadikan Yerusalem timbunan runtuhan,tempat persembunyian anjing hutan.Kota-kota Yehuda akan menjadi sunyi,tempat yang tidak lagi dihuni.”
12 Aku bertanya, “Ya TUHAN, mengapa negeri ini menjadi tandus dan kering seperti gurun, sehingga tiada orang melaluinya? Siapakah yang cukup bijak untuk mengerti akan semuanya? Kepada siapakah Engkau memberikan penerangan tentang hal ini supaya dia dapat memberitahu orang lain?”
13 TUHAN menjawab, “Hal itu berlaku kerana umat-Ku tidak lagi memperhatikan ajaran yang Kuberikan kepada mereka. Mereka tidak mentaati Aku dan tidak mematuhi perintah-Ku.