19 Aku memberi engkau makanan yang terbaik, iaitu gandum, minyak zaitun, dan madu, tetapi semua itu engkau gunakan sebagai persembahan untuk menyenangkan hati berhala. Aku, TUHAN Raja, telah berfirman.
20 Lalu anak lelaki dan anak perempuan yang telah engkau lahirkan bagi-Ku, engkau persembahkan kepada berhala-berhala. Belum cukupkah engkau tidak setia kepada-Ku?
21 Mengapa engkau mesti merampas anak-anak-Ku dan mempersembahkan mereka sebagai korban kepada berhala?
22 Selama kehidupanmu sebagai pelacur yang menjijikkan itu, engkau tidak pernah teringat pada masa kecilmu, ketika engkau bogel dan menggeliat dalam darahmu sendiri.”
23 TUHAN Raja berfirman, “Alangkah malangnya engkau! Sungguh malang! Selain segala kejahatanmu itu,
24 engkau juga membina tempat untuk menyembah berhala dan melacur di tepi setiap jalan.
25 Engkau menodai kecantikanmu. Engkau menawarkan tubuhmu kepada sesiapa sahaja yang lalu di situ, dan engkau tidak henti-henti melacur.