Yehezkiel 19 BM

Lagu Ratapan

1 TUHAN menyuruh aku menyanyikan lagu ratapan ini bagi dua orang putera Israel:

2 Ibu kamu bagaikan singa betinayang sangat berani.Dia membesarkan anak-anaknyaantara singa-singa jantan yang ganas.

3 Dia membesarkan seekor anak dan mengajarnya berburu;lalu anak itu menjadi pemakan manusia.

4 Bangsa-bangsa mendengar tentang anak itu,lalu mereka memerangkapnya di dalam lubang.Mereka menyeretnya dengan kaitdan membawanya ke negeri Mesir.

5 Si ibu menanti kepulangan anaknya,tetapi harapannya sia-sia sahaja.Kemudian dia melatih seekor anak lagi,dan anak itu menjadi singa yang ganas.

6 Anak itu menjadi dewasadan bergaul dengan singa-singa jantan yang lain.Dia juga belajar berburudan menjadi pemakan manusia.

7 Dia merobohkan kubudan merosakkan kota.Penduduk negeri ketakutansetiap kali dia mengaum.

8 Bangsa-bangsa bangkit melawan dia;mereka datang dari segala tempat.Mereka memasang jaring untuk menangkapnya,lalu dia terjebak dalam perangkap mereka.

9 Mereka memasukkan dia ke dalam kandang,dan membawa dia kepada raja Babilonia.Mereka mengawal dia supaya suaranya tidak kedengaran lagidi atas bukit-bukit Israel.

10 Ibu kamu bagaikan pokok angguryang ditanam di tepi anak sungai.Kerana banyak air di situ,pokok itu berbuah dan berdaun lebat.

11 Carang-carangnya menjadi kuatsehingga menjadi tongkat kerajaan.Pokok itu menjulang tinggi ke awan,dan dikagumi semua orang kerana tinggi dan lebat daunnya.

12 Tetapi orang yang marah mencabutnya,dan membuangnya ke tanah.Angin timur bertiup dan mengeringkan buahnya.Carangnya patah, menjadi kering lalu dibakar.

13 Sekarang pokok itu ditanam di gurun,di tanah yang kering dan kersang.

14 Batang pokok anggur itu dimakan api,carang dan buahnya terbakar.Carangnya tidak menjadi kuat lagi,tidak menjadi tongkat kerajaan lagi.Inilah lagu ratapan yang berulang-ulang dinyanyikan orang.