23 TUHAN Raja berfirman, “Alangkah malangnya engkau! Sungguh malang! Selain segala kejahatanmu itu,
24 engkau juga membina tempat untuk menyembah berhala dan melacur di tepi setiap jalan.
25 Engkau menodai kecantikanmu. Engkau menawarkan tubuhmu kepada sesiapa sahaja yang lalu di situ, dan engkau tidak henti-henti melacur.
26 Engkau melacur dengan tetanggamu orang Mesir yang bernafsu buas. Engkau melacur untuk membuat Aku murka.
27 Tetapi sekarang Aku bertindak untuk menghukum engkau dan mengambil berkat yang telah Kuberikan kepadamu. Aku telah menyerahkan engkau kepada orang Filistin yang membenci engkau serta jijik terhadap perbuatanmu yang cabul itu.
28 Kerana engkau tidak puas dengan yang lain, engkau mengejar orang Asyur. Engkau melacurkan diri, namun orang Asyur pun tidak dapat memuaskan nafsumu.
29 Engkau juga menjadi pelacur kepada orang Babilonia, kaum pedagang itu, tetapi mereka pun tidak dapat memuaskan nafsumu.”