27 Tetapi sekarang Aku bertindak untuk menghukum engkau dan mengambil berkat yang telah Kuberikan kepadamu. Aku telah menyerahkan engkau kepada orang Filistin yang membenci engkau serta jijik terhadap perbuatanmu yang cabul itu.
28 Kerana engkau tidak puas dengan yang lain, engkau mengejar orang Asyur. Engkau melacurkan diri, namun orang Asyur pun tidak dapat memuaskan nafsumu.
29 Engkau juga menjadi pelacur kepada orang Babilonia, kaum pedagang itu, tetapi mereka pun tidak dapat memuaskan nafsumu.”
30 TUHAN Raja berfirman, “Segala perbuatanmu itu seperti perbuatan seorang pelacur yang tidak tahu malu.
31 Di tiap-tiap jalan engkau membina tempat untuk menyembah berhala dan melacur. Engkau melakukan hal itu bukan untuk mendapat wang seperti pelacur.
32 Engkau seperti isteri yang mengkhianati suami dan berzina dengan lelaki lain.
33 Seorang pelacur menerima bayaran, tetapi engkau memberikan hadiah kepada semua kekasihmu. Engkau mengumpan orang dari mana-mana tempat supaya tidur bersama-samamu.