4 Ketika engkau dilahirkan, tiada sesiapa pun memotong tali pusatmu atau memandikan engkau atau menggosokmu dengan garam ataupun membedungi engkau dengan kain.
5 Tiada sesiapa pun mengasihani engkau sehingga mahu melakukan perkara-perkara itu bagimu. Ketika engkau dilahirkan, tiada sesiapa pun mengasihimu. Engkau dibuang di padang.
6 Kemudian Aku lalu dan nampak engkau menggeliat dalam darahmu sendiri, tetapi Aku tidak membiarkan engkau mati.
7 Aku memelihara engkau sehingga engkau membesar seperti tanaman yang subur. Engkau tumbuh sihat dan tinggi, dan menjadi wanita muda. Buah dadamu montok dan rambutmu sudah tumbuh, tetapi engkau masih bogel.
8 Ketika Aku lalu lagi, Aku sedar bahawa masamu untuk bercinta sudah tiba. Aku menutupi tubuhmu yang bogel dengan jubah-Ku. Aku berjanji akan mencintai engkau dan Aku membuat janji perkahwinan dengan engkau agar engkau menjadi milik-Ku.” Demikianlah firman TUHAN Raja.
9 “Kemudian Aku mengambil air dan mencuci darah yang ada pada tubuhmu. Aku menyapu minyak zaitun pada kulitmu.
10 Aku memakaikan engkau pakaian bersulam, kasut kulit yang terbaik, ikat kepala daripada kain linen, dan jubah sutera.