41 Mereka akan membakar rumah-rumahmu dan membiarkan kaum wanita melihat engkau dihukum. Aku akan menghentikan pelacuranmu. Engkau tidak akan memberikan hadiah kepada kekasih-kekasihmu lagi.
42 Barulah Aku tenang dan kemurkaan-Ku reda. Aku tidak akan murka ataupun cemburu lagi.
43 Engkau lupa bagaimana Aku memperlakukan engkau semasa engkau kecil, dan engkau membangkitkan kemurkaan-Ku dengan segala perbuatanmu. Itulah sebabnya engkau mesti menanggung hukumannya. Mengapakah engkau berzina pula setelah melakukan segala perbuatan lain yang menjijikkan itu?” TUHAN Raja telah berfirman.
44 TUHAN berfirman, “Orang akan menggunakan pepatah ini terhadap dirimu, hai Yerusalem: ‘Seperti ibunya, begitu juga anaknya.’
45 Sesungguhnya engkau adalah anak ibumu. Ibumu membenci suami serta anak-anaknya. Engkau serupa dengan saudara-saudara perempuanmu yang membenci suami dan anak mereka. Ibumu orang Het dan bapamu orang Amori.
46 Kakakmu ialah Samaria di sebelah utara dengan pekan-pekan di sekitarnya. Adik perempuanmu itu Sodom di sebelah selatan dengan pekan-pekan di sekitarnya.
47 Engkau tidak puas mengikut teladan mereka yang menjijikkan itu. Dalam masa yang singkat engkau pun berkelakuan lebih jahat daripada mereka.”