58 Sekarang engkau mesti menderita akibat perbuatanmu yang cabul dan menjijikkan.” TUHAN telah berfirman.
59 TUHAN Raja berfirman, “Aku akan memperlakukan engkau dengan sepatutnya, kerana engkau telah mengingkari janji-janjimu serta melanggar perjanjian yang Aku buat dengan engkau.
60 Namun Aku akan memenuhi perjanjian yang Aku buat dengan engkau ketika engkau masih muda. Aku akan membuat perjanjian yang berlaku selama-lamanya dengan engkau.
61 Barulah engkau teringat akan kelakuanmu, dan berasa malu apabila saudara-saudaramu pulang kepadamu. Aku akan membenarkan mereka menjadi seperti anak-anakmu walaupun hal itu tidak termasuk dalam perjanjian-Ku dengan engkau.
62 Aku akan membaharui perjanjian-Ku dengan engkau, dan engkau akan tahu bahawa Akulah TUHAN.
63 Aku akan mengampunkan segala kesalahanmu, tetapi engkau akan mengingatnya dan berasa terlalu malu sehingga engkau tidak berani membuka mulut.” TUHAN Raja telah berfirman.