16 “Demi Aku, Allah yang hidup,” TUHAN Raja berfirman, “raja Yehuda akan mangkat di Babilonia, kerana memungkiri sumpah dan perjanjiannya dengan raja Babilonia yang telah melantik dia menjadi raja.
17 Bahkan tentera raja Mesir yang kuat itu pun tidak dapat menolongnya dalam peperangan ketika orang Babilonia membina timbunan tanah dan menggali parit untuk membunuh banyak orang.
18 Raja Yehuda memungkiri sumpah dan perjanjiannya. Oleh itu, dia tidak akan dapat melepaskan diri.”
19 TUHAN Raja berfirman, “Demi Aku, Allah yang hidup, Aku akan menghukum raja Yehuda kerana memungkiri perjanjiannya dengan raja Babilonia. Dia telah memandang ringan sumpah yang dibuatnya demi nama-Ku.
20 Aku akan memasang jaring yang digunakan oleh pemburu dan menangkapnya. Aku akan membawa raja Yehuda ke Babilonia dan menghukumnya di sana, kerana dia tidak setia kepada-Ku.
21 Askar-askarnya yang paling gagah akan dibunuh dalam peperangan, dan mereka yang terselamat akan tercerai-cerai di serata tempat. Barulah kamu tahu bahawa Aku, TUHAN, telah berfirman.”
22 Inilah firman TUHAN Raja,“Aku akan memetik pucuk mudadari puncak pokok sedar yang tinggi;Aku akan menanamnya di gunung yang tinggi,