7 Ada lagi seekor burung helang raksasa. Sayapnya lebar dan bulunya tebal. Lalu pokok anggur itu mengarahkan akar dan daunnya kepada burung helang yang kedua itu dengan harapan agar burung itu akan memberikan lebih banyak air daripada yang ada di ladang itu.
8 Padahal pokok anggur itu sudah ditanam di tempat yang subur dan berair, sehingga daun dan buahnya lebat, dan menjadi pokok anggur yang baik sekali.
9 Lalu Aku, TUHAN Raja bertanya: Dapatkah pokok anggur ini hidup dan tumbuh? Tidakkah burung helang yang pertama akan mencabut akarnya, memetik buah-buahnya, mematah-matahkan carangnya, lalu membiarkannya layu? Tidak diperlukan banyak tenaga atau bangsa yang kuat untuk melakukan hal itu.
10 Memang pokok itu telah ditanam, tetapi dapatkah pokok itu tumbuh dan membesar? Tidakkah pokok itu akan layu apabila ditiup angin timur? Tidakkah pokok itu akan layu di tempat tumbuhnya?”
11 TUHAN berfirman kepadaku,
12 “Tanyalah pemberontak-pemberontak itu sama ada mereka faham akan makna perumpamaan itu. Beritahulah mereka bahawa raja negeri Babilonia datang ke Yerusalem dan membawa raja serta pegawai-pegawai Yerusalem bersama-samanya balik ke Babilonia.
13 Dia membawa salah seorang anggota keluarga raja dan membuat perjanjian dengannya, lalu menyuruh dia bersumpah setia kepadanya. Raja Babilonia menawan pemimpin-pemimpin Yerusalem