2 “Peribahasa apakah yang disebut-sebut orang di negeri Israel?‘Ibu bapa makan anggur masam,tetapi anak yang ngilu gigi.’ ”
3 “Demi Aku, Allah yang hidup,” firman TUHAN Raja, “peribahasa itu tidak akan diucapkan di Israel lagi.
4 Nyawa setiap orang milik-Ku, baik nyawa bapa mahupun nyawa anak. Sesiapa yang berdosa, dialah yang akan mati.
5 Andaikata ada seorang yang benar-benar baik, adil, dan jujur.
6 Dia tidak menyembah berhala orang Israel, ataupun makan korban yang telah dipersembahkan di tempat-tempat pemujaan. Dia tidak menggoda isteri orang lain, ataupun bersetubuh dengan wanita yang sedang haid.
7 Dia tidak menipu ataupun merompak orang. Dia mengembalikan barang yang diterimanya sebagai jaminan untuk pinjaman. Dia memberikan makanan kepada orang yang lapar dan pakaian kepada orang yang tidak mempunyai pakaian.
8 Dia tidak minta faedah apabila meminjamkan wang. Dia tidak mahu melakukan kejahatan dan dia memberikan keputusan yang adil dalam setiap pertengkaran.