21 Jika seorang jahat berhenti berbuat dosa, dan mula mentaati hukum-Ku, serta melakukan apa yang benar dan baik, dia tidak akan mati. Dia pasti akan hidup.
22 Semua dosanya akan diampunkan, dan dia akan hidup kerana dia melakukan yang benar.
23 Adakah kamu menyangka bahawa Aku suka melihat orang jahat mati?” firman TUHAN Raja. “Tidak! Aku mahu dia bertaubat dan hidup.
24 Tetapi jika seorang baik berhenti berbuat baik, dan mula berbuat jahat dengan melakukan perkara-perkara menjijikkan yang dilakukan oleh orang jahat, adakah dia akan terus hidup? Tidak! Semua perkara baik yang pernah dilakukannya itu tidak akan diingat. Dia akan mati kerana dia tidak setia kepada-Ku dan kerana dia telah berdosa.
25 Tetapi kamu berkata, ‘Perbuatan Tuhan tidak adil.’ Dengarlah, hai orang Israel. Adakah kamu menyangka bahawa Aku tidak adil? Kamulah yang tidak adil.
26 Apabila seorang baik berhenti berbuat baik, malahan mula berbuat jahat dan orang itu mati, dia mati kerana perbuatannya yang jahat itu.
27 Apabila seorang jahat berhenti berbuat dosa, dan mula berbuat yang adil dan baik, orang itu menyelamatkan hidupnya.