7 Dia tidak menipu ataupun merompak orang. Dia mengembalikan barang yang diterimanya sebagai jaminan untuk pinjaman. Dia memberikan makanan kepada orang yang lapar dan pakaian kepada orang yang tidak mempunyai pakaian.
8 Dia tidak minta faedah apabila meminjamkan wang. Dia tidak mahu melakukan kejahatan dan dia memberikan keputusan yang adil dalam setiap pertengkaran.
9 Dia mematuhi perintah-Ku dan mentaati hukum-Ku. Orang seperti itu baik dan akan hidup.” Demikianlah firman TUHAN Raja.
10 “Andaikata orang itu mempunyai seorang anak lelaki yang merompak, membunuh, dan melakukan banyak perbuatan jahat
11 yang tidak pernah dilakukan oleh bapanya. Anak itu makan korban yang telah dipersembahkan di tempat-tempat pemujaan dan menggoda isteri orang lain.
12 Dia menipu orang miskin, merompak, dan tidak mengembalikan barang yang diterimanya sebagai jaminan untuk pinjaman. Dia pergi ke kuil-kuil dan menyembah berhala yang menjijikkan,
13 serta minta faedah apabila meminjamkan wang. Adakah orang itu akan hidup? Tentu tidak! Dia telah melakukan semua perkara yang menjijikkan itu, dan oleh itu dia akan mati. Dia bertanggungjawab terhadap kematiannya sendiri.