13 Aku sedang menguji umat-Ku,dan jika mereka tidak mahu bertaubat,segala perkara ini akan menimpa mereka.’
14 Sekarang, hai manusia fana, bernubuatlah. Tepuklah tanganmu, lalu pedang akan membantai berulang-ulang. Pedang itu pedang yang membunuh, menakutkan, dan membantai orang.
15 Umat-Ku akan hilang semangat dan jatuh tersandung. Aku sedang mengancam kota mereka dengan pedang yang berkilau seperti kilat, dan yang telah siap untuk melakukan pembunuhan.
16 Hai pedang tajam, tikamlah ke kanan dan ke kiri dan ke mana-mana engkau ingin.
17 Aku juga akan bertepuk tangan, dan kemurkaan-Ku akan reda. Aku, TUHAN telah berfirman.”
18 TUHAN berfirman kepadaku,
19 “Hai manusia fana, lukiskan dua batang jalan yang akan dilalui raja Babilonia yang membawa pedangnya. Kedua-dua jalan itu akan bermula dari negeri yang sama. Pasanglah papan tanda di tempat jalan itu mula bercabang.