16 Hai pedang tajam, tikamlah ke kanan dan ke kiri dan ke mana-mana engkau ingin.
17 Aku juga akan bertepuk tangan, dan kemurkaan-Ku akan reda. Aku, TUHAN telah berfirman.”
18 TUHAN berfirman kepadaku,
19 “Hai manusia fana, lukiskan dua batang jalan yang akan dilalui raja Babilonia yang membawa pedangnya. Kedua-dua jalan itu akan bermula dari negeri yang sama. Pasanglah papan tanda di tempat jalan itu mula bercabang.
20 Papan tanda yang satu akan memberikan petunjuk kepada raja Babilonia jalan ke kota orang Amon di Raba, dan yang satu lagi jalan ke Yerusalem, kota yang berkubu di Yehuda.
21 Raja Babilonia berdiri di sisi papan tanda itu, di simpang jalan. Untuk menentukan jalan mana yang akan dilaluinya, dia akan menggoncang anak panahnya, bertanya kepada berhala-berhalanya, dan memeriksa hati binatang yang dipersembahkan sebagai korban.
22 Panah yang bertanda ‘Yerusalem’ dicabut tangan kanannya. Hal ini bererti bahawa raja harus menyusun kayu-kayu pelantak, meneriakkan pekik pertempuran, meletakkan kayu-kayu pelantak di pintu gerbang, membina tambak pengepungan, dan menggali parit-parit.