23 Penduduk Yerusalem tidak mahu percaya akan perkara itu, kerana mereka telah membuat perjanjian dengan Babilonia. Tetapi ramalan ini justeru memperingatkan mereka bahawa mereka telah berdosa dan akan ditangkap.
24 Aku, TUHAN Raja berfirman kepada mereka, ‘Dosa kamu telah diketahui orang. Semua orang tahu betapa besarnya dosa kamu. Dosa kamu kelihatan dalam setiap tindakan kamu. Sekarang sudah tiba masanya kamu dihukum dan kamu akan diserahkan kepada musuh.
25 Hai kamu pemimpin Israel, pemimpin yang jahat dan derhaka, hari penghukuman yang terakhir bagi kamu sudah dekat.
26 Aku, TUHAN Raja telah berfirman. Tanggalkanlah mahkota dan serban kamu. Sekarang segala-galanya berubah. Angkatlah kedudukan orang miskin. Turunkan kedudukan orang berkuasa.
27 Runtuhan! Runtuhan! Sesungguhnya Aku akan meruntuhkan kota ini! Tetapi hal ini tidak akan berlaku sebelum orang yang Kupilih untuk menghukum kota ini datang. Pada masa itu Aku akan menyerahkan kota ini kepadanya.’ ”
28 “Hai manusia fana, bernubuatlah. Beritahulah orang Amon yang telah menghina Israel bahawa Aku, TUHAN Raja berfirman,‘Pedang telah dihunus untuk memusnahkan;diasah untuk melakukan pembunuhan dan berkilau seperti kilat.
29 Penglihatan yang kamu lihat itu palsu. Ramalan kamu pun dusta semata-mata. Kamu derhaka dan jahat. Hari hukuman terakhir bagi kamu sudah dekat. Pedang akan memenggal leher kamu.