3 bahawa Aku, TUHAN berfirman: Aku musuh kamu. Aku akan menghunus pedang-Ku dan membunuh kamu semua, yang jahat mahupun yang baik.
4 Aku akan menggunakan pedang-Ku untuk melawan semua orang dari utara sampai ke selatan.
5 Semua orang akan tahu bahawa Aku, TUHAN, telah menghunus pedang dan Aku tidak akan menyarungkannya.
6 Hai manusia fana, mengeluhlah di depan orang seolah-olah engkau patah hati dan terlalu sedih.
7 Apabila mereka bertanya mengapa engkau mengeluh, katakanlah bahawa engkau sedih kerana berita yang akan datang. Berita itu akan membuat hati mereka takut, tangan mereka lemah, semangat mereka hilang, dan lutut mereka gementar. Masanya sudah tiba, dan semua itu akan terjadi!” TUHAN Raja telah berfirman.
8 TUHAN berfirman kepadaku,
9 “Hai manusia fana, bernubuatlah. Beritahulah umat bahawa Aku, Tuhan berfirman,‘Ada sebilah pedang,pedang yang diasah dan digosok.