6 Hai manusia fana, mengeluhlah di depan orang seolah-olah engkau patah hati dan terlalu sedih.
7 Apabila mereka bertanya mengapa engkau mengeluh, katakanlah bahawa engkau sedih kerana berita yang akan datang. Berita itu akan membuat hati mereka takut, tangan mereka lemah, semangat mereka hilang, dan lutut mereka gementar. Masanya sudah tiba, dan semua itu akan terjadi!” TUHAN Raja telah berfirman.
8 TUHAN berfirman kepadaku,
9 “Hai manusia fana, bernubuatlah. Beritahulah umat bahawa Aku, Tuhan berfirman,‘Ada sebilah pedang,pedang yang diasah dan digosok.
10 Pedang itu diasah untuk membunuh,digosok supaya berkilau-kilauan.Bagi umat-Ku tidak ada lagi kegembiraan,kerana mereka telah mengabaikan setiap amaran dan hukuman.
11 Pedang itu dikilatkansupaya siap digunakan,diasah dan dikilatkan,untuk diserahkan kepada seorang pembunuh.
12 Hai manusia fana, merataplah dan berseru,kerana pedang itu digunakan untuk melawan umat-Ku.Semua pemimpin Israel akan dibunuhbersama-sama semua umat-Ku.Tebahlah dada kerana putus asa.