1 Pada hari kesepuluh, bulan kesepuluh, tahun kesembilan masa kami dalam buangan, TUHAN berfirman kepadaku,
2 “Hai manusia fana, catatkan tarikh hari ini, kerana pada hari inilah raja Babilonia mula mengepung Yerusalem.
3 Aku, TUHAN Raja mempunyai perumpamaan untuk disampaikan kepada umat-Ku yang suka memberontak:Letakkan periuk di atas api,dan penuhkan periuk dengan air.
4 Masukkan daging yang terbaik di dalamnya:daging bahu dan daging paha,dan tulang-tulang yang banyak sumsumnya.
5 Gunakan daging domba yang terbaik,dan susunlah kayu di bawah periuk.Biarlah airnya mendidih,rebuslah daging dan tulang-tulang itu.”
6 Inilah firman TUHAN Raja, “Malanglah kota yang penuh dengan pembunuh! Keadaannya seperti periuk berkarat yang tidak pernah dibersihkan. Daging yang ada di dalamnya dikeluarkan sepotong demi sepotong, sehingga semuanya habis.
7 Pembunuhan berlaku di dalam kota, dan darah dicurah ke atas batu. Darah itu tidak dicurah ke atas tanah supaya ditutup oleh tanah.