14 Umat-Ku Israel akan Kusuruh untuk membalas dendam terhadap Edom. Mereka akan membiarkan Edom merasakan kemurkaan-Ku yang dahsyat. Edom akan tahu bagaimana rasanya menjadi sasaran kemarahan-Ku.” TUHAN Raja telah berfirman.
15 TUHAN Raja berfirman, “Orang Filistin telah membalas dendam dengan kejam terhadap musuh mereka sejak dahulu, dan membinasakan mereka dengan penuh kebencian.
16 Sekarang Aku mengumumkan bahawa Aku akan menyerang orang Filistin dan membinasakan mereka. Aku akan membinasakan setiap orang yang masih hidup di kawasan pantai negeri itu.
17 Aku akan menghukum mereka dengan berat dan melampiaskan dendam terhadap mereka. Apabila mereka merasakan kemurkaan-Ku, mereka akan tahu bahawa Akulah TUHAN.”