4 Oleh itu Aku akan membiarkan kamu dikalahkan oleh suku-suku dari gurun di sebelah timur. Mereka akan mendirikan perkhemahan di negeri kamu dan menetap di situ. Mereka akan makan buah-buahan dan minum susu ternakan kamu.
5 Aku akan menjadikan kota Raba tempat menggembalakan unta, dan seluruh negeri Amon tempat menggembalakan domba, supaya kamu tahu bahawa Akulah TUHAN.’ ”
6 TUHAN Raja berfirman, “Kamu sangat membenci Israel sehingga kamu bertepuk tangan dan menari-nari dengan gembira atas kemusnahan negeri Israel.
7 Oleh itu Aku akan menyerahkan kamu kepada bangsa-bangsa yang akan merompak dan menjarah segala milik kamu. Aku akan membinasakan kamu habis-habisan sehingga kamu bukan lagi satu bangsa yang mempunyai negeri sendiri. Maka kamu akan tahu bahawa Akulah TUHAN.”
8 TUHAN Raja berfirman, “Kerana Moab berkata bahawa Yehuda sama dengan bangsa-bangsa lain,
9 Aku akan membiarkan musuh menyerang kota-kota yang mempertahankan sempadan Moab, termasuk kota-kota yang terbaik iaitu Bet-Yesimot, Baal-Meon, dan Kiryataim.
10 Aku akan membiarkan Moab bersama-sama Amon dikalahkan oleh suku-suku dari gurun di sebelah timur, sehingga Moab bukan satu bangsa lagi.