14 Aku akan meninggalkan sebuah batu sahaja untuk para nelayan menjemur jala. Kota itu tidak akan dibina lagi. Aku, TUHAN Raja telah berfirman.”
15 TUHAN Raja berfirman kepada kota Tirus, “ Apabila kamu ditaklukkan kelak, orang yang tinggal di sepanjang pantai akan ketakutan kerana mendengar teriakan orang yang dibantai.
16 Semua raja bangsa-bangsa di tepi pantai akan turun dari takhta mereka. Mereka akan menanggalkan jubah dan pakaian yang bersulam lalu duduk dengan gementar di tanah. Mereka akan sangat ketakutan melihat kesudahan kamu sehingga mereka tidak berhenti-henti gementar.
17 Lalu mereka akan menyanyikan lagu ratapan ini bagi kamu:Kota kenamaan itu sudah musnah!Kapal-kapalnya disapu dari lautan.Dahulu penduduknya menguasai laut, dan menakutkan semua penduduk pantai.
18 Tetapi sekarang kamu sudah jatuh,penduduk pulau-pulau gementar;mereka terkejut mendengar keruntuhanmu.”
19 TUHAN Raja berfirman, “Aku akan menjadikan kamu lengang seperti kota yang tidak berpenduduk. Aku akan menutupi kamu dengan air dari samudera.
20 Aku akan mengirim kamu ke dunia orang mati supaya kamu tinggal bersama-sama orang purba. Aku akan membiarkan engkau menetap di dunia orang mati, di tengah runtuhan yang kekal, bersama-sama orang mati. Maka tanahmu tidak akan diduduki orang lagi, dan kamu tidak akan terbilang antara orang hidup.