4 Mereka akan memusnahkan tembok-tembok kota kamu dan merobohkan menara-menara kamu. Selepas itu Aku akan menyapu segala debu sehingga tinggal sebuah batu sahaja.
5 Nelayan akan menjemur jala mereka di atas batu yang di tengah laut itu. Aku, TUHAN Raja telah berfirman. Bangsa-bangsa lain akan menjarah Tirus,
6 dan dengan pedang, mereka akan membunuh penduduk di kota-kota di daratan Tirus. Maka Tirus akan tahu bahawa Akulah TUHAN.”
7 TUHAN Raja berfirman, “Aku akan menyebabkan Raja Nebukadnezar dari Babilonia menyerang Tirus. Raja yang paling kuat itu akan datang dari utara dengan pasukan tentera yang sungguh besar, dengan banyak kuda, kereta kuda, dan pasukan berkuda.
8 Penduduk kota-kota di daratan akan dibunuh dalam peperangan. Musuh akan menggali parit, membina tembok pengepungan, dan menyusun perisai sebagai kubu yang kukuh untuk menentang kamu.
9 Mereka akan memecah tembok-tembok kamu dengan kayu pelantak, dan merobohkan menara-menara kamu dengan batang besi.
10 Kuda mereka sangat banyak sehingga menyebabkan debu berterbangan dan meliputi kamu. Derap daripada pasukan berkuda dan kereta kuda akan menggegarkan tembok kota kamu ketika mereka lalu di pintu gerbang dan memasuki kota yang runtuh itu.