8 Penduduk kota-kota di daratan akan dibunuh dalam peperangan. Musuh akan menggali parit, membina tembok pengepungan, dan menyusun perisai sebagai kubu yang kukuh untuk menentang kamu.
9 Mereka akan memecah tembok-tembok kamu dengan kayu pelantak, dan merobohkan menara-menara kamu dengan batang besi.
10 Kuda mereka sangat banyak sehingga menyebabkan debu berterbangan dan meliputi kamu. Derap daripada pasukan berkuda dan kereta kuda akan menggegarkan tembok kota kamu ketika mereka lalu di pintu gerbang dan memasuki kota yang runtuh itu.
11 Pasukan berkuda itu akan menyerbu jalan-jalan kamu, sambil membunuh penduduk kamu dengan pedang. Tugu-tugu kamu yang besar itu akan dirobohkan.
12 Musuh akan merampas kekayaan dan barangan perniagaan kamu. Mereka akan merobohkan tembok-tembok dan menghancurkan rumah-rumah mewah kamu. Mereka akan membuang segala batu, kayu, dan runtuhan batu ke dalam laut.
13 Aku akan menghentikan nyanyian kamu dan muzik kecapi kamu.
14 Aku akan meninggalkan sebuah batu sahaja untuk para nelayan menjemur jala. Kota itu tidak akan dibina lagi. Aku, TUHAN Raja telah berfirman.”