25 Barang daganganmu dibawa dengan kapal-kapal yang paling besar.Kamu bagaikan kapal di laut,penuh dengan muatan berat.
26 Ketika pendayungmu membawa kamu belayar,angin timur melanda kamu di tengah lautan.
27 Segala barang daganganmu,semua pelaut dan anak buahmu,tukang kayu dan kaum pedagangmu,dan setiap askar dalam kapalmu,semuanya hilang tenggelamapabila kapalmu karam.
28 Jeritan pelaut yang tenggelamterdengar sampai ke pantai.
29 Kini setiap kapal ditinggalkan,setiap pelaut telah naik ke darat.
30 Mereka meratapi kamu dengan pilu,mereka menaburkan debu pada kepala dan berguling dalam abu kerana duka.
31 Mereka mencukur rambut kerana kamu,dan memakai kain guni tanda sedih.Mereka meratap dengan hati pilu.