29 Kini setiap kapal ditinggalkan,setiap pelaut telah naik ke darat.
30 Mereka meratapi kamu dengan pilu,mereka menaburkan debu pada kepala dan berguling dalam abu kerana duka.
31 Mereka mencukur rambut kerana kamu,dan memakai kain guni tanda sedih.Mereka meratap dengan hati pilu.
32 Mereka menyanyikan lagu ratapan bagimu,‘Tirus, siapakah tandinganmu?Tirus, di laut kini kamu membisu.
33 Apabila kaum pedagangmu belayar ke seberang laut,kamu mencukupi keperluan setiap bangsa.Raja-raja menjadi kayakerana baranganmu yang berharga.
34 Tetapi kini kamu sudah hancur,dan tenggelam ke dasar lautan.Baranganmu dan semua anak buahmu hilang bersama-sama kamu di lautan.’
35 Semua orang yang tinggal di sepanjang pantai terperanjat mendengar kesudahanmu. Bahkan raja-raja mereka pun sangat takut; kengerian nampak pada wajah mereka.