15 Kelakuanmu tidak bercela sejak engkau diciptakan sampai engkau mula berbuat jahat.
16 Engkau sibuk dengan perniagaanmu; hal itulah yang menyebabkan engkau menjadi kejam dan berdosa. Oleh itu Aku mengusir engkau dari gunung-Ku yang suci dan kerub yang menjaga engkau mengusir engkau dari tengah-tengah batu permata yang berkilauan itu.
17 Engkau sombong kerana rupamu yang kacak, dan engkau bertindak bodoh kerana engkau terkenal. Itulah sebabnya Aku membanting engkau ke tanah, dan menjadikan engkau sebagai amaran untuk raja-raja lain.
18 Perniagaanmu penuh dengan kecurangan sehingga tempat-tempat ibadatmu tercemar. Oleh itu Aku membakar kotamu sampai musnah. Semua orang yang memandang engkau sekarang hanya nampak abu.
19 Engkau sudah lenyap, hai raja Tirus! Engkau lenyap selama-lamanya! Semua bangsa yang mengenal engkau gerun kalau-kalau mereka juga akan mengalami kesudahanmu.’ ”
20 TUHAN berfirman kepadaku,
21 “Hai manusia fana, kecamlah kota Sidon.