23 Aku akan mendatangkan wabak kepada kamu dan membiarkan darah mengalir di jalan-jalan kamu. Kamu akan diserang oleh musuh dari segala arah dan pendudukmu akan dibunuh. Maka kamu akan tahu bahawa Akulah TUHAN.”
24 TUHAN berfirman, “Semua negeri jiran yang pernah menghina Israel tidak lagi merupakan duri atau belukar berduri yang menyakiti Israel. Mereka akan tahu bahawa Akulah TUHAN Raja.”
25 TUHAN Raja berfirman, “Aku akan membawa umat Israel pulang dari negeri-negeri tempat Aku mencerai-beraikan mereka, dan semua bangsa akan tahu bahawa Aku suci. Umat Israel akan tinggal lagi di negeri mereka sendiri, tanah yang Aku berikan kepada Yakub, hamba-Ku.
26 Mereka akan tinggal di sana dengan aman. Mereka akan membina rumah dan mengusahakan ladang anggur. Aku akan menghukum semua jiran mereka yang pernah menghina mereka, dan Israel akan hidup dengan aman. Maka mereka akan tahu bahawa Akulah TUHAN, Allah mereka.”