5 Engkau pandai berniaga dan sentiasa mendapat keuntungan. Engkau sombong kerana kekayaanmu!’
6 Oleh itu, dengarlah apa yang Aku, TUHAN Raja firmankan, ‘Kerana engkau menyangka engkau sebijak dewa,
7 Aku akan mengirim musuh yang kejam untuk menyerang engkau. Mereka akan memusnahkan semua harta yang engkau peroleh dengan kepandaian dan kebijaksanaanmu itu.
8 Mereka akan membunuh engkau dan menguburkan engkau di laut.
9 Pada waktu itu, masihkah engkau dapat mengatakan bahawa engkau dewa? Apabila engkau menghadapi pembunuhmu, nyatalah engkau hanya manuisa fana dan bukan dewa.
10 Engkau akan mati seperti orang hina, dibunuh oleh orang bangsa asing yang tidak mengenal Allah. Aku, TUHAN Raja, telah berfirman.’ ”
11 TUHAN berfirman lagi kepadaku,