9 Pada waktu itu, masihkah engkau dapat mengatakan bahawa engkau dewa? Apabila engkau menghadapi pembunuhmu, nyatalah engkau hanya manuisa fana dan bukan dewa.
10 Engkau akan mati seperti orang hina, dibunuh oleh orang bangsa asing yang tidak mengenal Allah. Aku, TUHAN Raja, telah berfirman.’ ”
11 TUHAN berfirman lagi kepadaku,
12 “Hai manusia fana, merataplah untuk raja Tirus. Sampaikanlah apa yang Aku, TUHAN Raja, firmankan kepadanya, ‘Engkau pernah menjadi contoh kesempurnaan. Dahulu engkau sungguh bijak dan kacak!
13 Engkau tinggal di taman Eden, taman Allah. Pakaianmu dihiasi dengan segala jenis batu permata: delima, berlian, topaz, beril, sardis, jasper, nilam, zamrud, dan garnet. Engkau juga mempunyai perhiasaan emas yang dibuat untukmu pada hari engkau diciptakan.
14 Aku menempatkan kerub yang menyeramkan di situ untuk menjaga engkau. Engkau tinggal di atas gunung-Ku yang suci dan berjalan di tengah-tengah batu permata yang berkilauan.
15 Kelakuanmu tidak bercela sejak engkau diciptakan sampai engkau mula berbuat jahat.