19 Tetapi jika engkau menyampaikan amaran itu kepada seorang yang jahat namun dia tetap berbuat jahat, maka dia akan mati sebagai seorang yang berdosa, tetapi engkau akan selamat.
20 Jika seorang yang baik mula berbuat jahat, dan Aku menghadapkan dia kepada bahaya, maka dia akan mati kalau engkau tidak memberi dia amaran. Dia akan mati kerana dosanya, dan Aku tidak akan mengingat perbuatannya yang baik dahulu. Tetapi Aku akan menggangap engkau bertanggungjawab terhadap kematiannya.
21 Jika engkau memberikan amaran kepada seorang yang baik supaya jangan berdosa, lalu dia menurut nasihatmu dan tidak berdosa, maka dia akan selamat dan engkau pun akan selamat.”
22 Aku merasa kekuasaan hadirat TUHAN dan mendengar Dia berfirman kepadaku, “Bangunlah dan pergilah ke lembah. Aku akan berfirman kepadamu di situ.”
23 Oleh itu aku pergi ke lembah dan di situ aku melihat kemuliaan TUHAN seperti yang aku lihat di tepi Sungai Kebar. Aku jatuh tertelungkup di atas tanah,
24 tetapi Roh Allah menguasai aku dan menegakkan aku. TUHAN berfirman kepadaku, “Pulanglah dan kurunglah diri di dalam rumah.
25 Engkau akan diikat dengan tali, hai manusia fana, dan engkau tidak akan dapat keluar untuk bertemu dengan orang ramai.