4 Lalu Allah berfirman, “Hai manusia fana, pergilah kepada umat Israel dan sampaikanlah segala firman-Ku kepada mereka.
5 Aku tidak mengutus engkau kepada suatu bangsa yang bahasanya asing dan susah bagimu tetapi Aku mengutus engkau kepada umat Israel.
6 Jika Aku mengutus engkau kepada bangsa-bangsa yang berbahasa asing dan tidak engkau fahami, mereka akan mendengar engkau.
7 Tetapi tidak seorang pun antara umat Israel akan mendengar engkau kerana mereka tidak mahu mendengar Aku. Mereka semua degil dan suka melawan.
8 Tetapi sekarang Aku akan membuat engkau degil dan keras kepala seperti mereka.
9 Aku akan membuat engkau seteguh bukit batu dan sekeras intan. Janganlah takut kepada pemberontak itu.”
10 Allah meneruskan firman-Nya, “Hai manusia fana, perhatikanlah baik-baik, dan ingatlah segala yang Kufirmankan kepadamu.