9 Aku akan membuat engkau seteguh bukit batu dan sekeras intan. Janganlah takut kepada pemberontak itu.”
10 Allah meneruskan firman-Nya, “Hai manusia fana, perhatikanlah baik-baik, dan ingatlah segala yang Kufirmankan kepadamu.
11 Kemudian pergilah kepada bangsamu yang dalam buangan, dan sampaikanlah apa yang Aku, TUHAN Raja firmankan kepada mereka, sama ada mereka mendengar engkau atau tidak.”
12 Lalu Roh Allah mengangkat aku, dan aku mendengar suara gemuruh dari belakang yang berkata, “Pujilah kemuliaan TUHAN di syurga!”
13 Aku mendengar bunyi sayap yang dikibaskan makhluk-makhluk itu, dan bunyi roda-roda itu yang sekuat bunyi gempa bumi.
14 Kekuasaan TUHAN mendatangi aku dengan kuat, dan ketika aku diangkat dan dibawa oleh Roh-Nya, aku berasa sakit hati dan marah.
15 Maka tibalah aku di Tel-Abib di tepi Sungai Kebar, tempat tinggal orang buangan. Selama tujuh hari aku tinggal di situ, dan aku terpegun kerana segala yang telah aku lihat dan dengar.