5 Kerana cukup airnyapokok itu tumbuh lebih tinggidaripada pokok-pokok lain.Dahannya menjadi besar dan panjang.
6 Segala jenis burung membuat sarang pada dahannya,binatang liar melahirkan anak di bawah cabangnya.Bangsa-bangsa berlindung di bawah naungannya.
7 Alangkah indahnya pokok itu,yang sungguh tinggi dan berdahan panjang.Akarnya menembus jauh ke bawah,mencapai sumber air di dalam tanah.
8 Tiada pokok sedar di taman Allah, yang boleh disamakan dengan pokok itu.Tiada pokok fir yang mempunyai dahan seperti dahannya.Tiada pokok berangan yang mempunyai cabang seperti cabangnya.Tiada pokok di taman Allah yang seindah pokok itu.
9 Akulah yang menjadikannya indah, dengan dahan yang banyak.Setiap pokok di Eden, taman Allah, ingin menjadi sepertinya.
10 Oleh itu, Aku, TUHAN Raja akan memberitahu kamu apa yang akan berlaku kepada pokok yang puncaknya mencapai awan. Semakin tinggi, semakin sombong pokok itu.
11 Oleh itu Aku menolaknya, dan akan menyerahkannya kepada penguasa bangsa asing. Bangsa itu akan memperlakukannya setimpal dengan kejahatannya.