13 Aku akan membunuh ternakanmu di tepi sungai-sungai. Baik manusia mahupun binatang tidak akan mengeruhkan air sungai lagi.
14 Aku akan membuat air sungaimu jernih dan mengalir dengan tenang. Aku, TUHAN Raja, telah berfirman.
15 Apabila Aku menjadikan Mesir padang gurun yang tandus dan lengang, serta membinasakan semua penduduk di sana, barulah mereka tahu bahawa Akulah TUHAN.
16 Amaran ini akan menjadi lagu ratapan, dan kaum wanita bangsa-bangsa lain akan menyanyikannya untuk meratapi Mesir dengan semua rakyatnya. Aku, TUHAN Raja, telah berfirman.”
17 Pada hari kelima belas, bulan pertama, tahun kedua belas masa pembuangan kami, TUHAN berfirman kepadaku,
18 “Hai manusia fana, merataplah bagi rakyat Mesir yang banyak itu. Hantarlah mereka bersama-sama bangsa lain yang kuat ke dunia orang mati.
19 Katakanlah kepada mereka,‘Adakah kamu berfikir kamu lebih cantik daripada orang lain?Kamu akan turun ke dunia orang mati,dan berbaring di sana bersama-sama orang yang tidak mengenal Allah.’