27 Mereka tidak diberikan penguburan yang terhormat seperti pahlawan pada zaman purba yang dikebumikan lengkap dengan pedang di bawah kepala dan perisai di atas dada. Semasa hidup, pahlawan-pahlawan itu sungguh perkasa sehingga menakutkan orang hidup.
28 Demikianlah orang Mesir akan hancur dan dibaringkan bersama-sama orang yang tidak mengenal Allah, yang gugur dalam peperangan.
29 Edom ada di sana dengan semua raja dan penguasanya. Dahulu mereka askar yang kuat, tetapi sekarang mereka terbaring di dunia orang mati bersama-sama orang yang tidak mengenal Allah, yang gugur dalam peperangan.
30 Semua penguasa negeri-negeri utara berada di sana, demikian juga orang Sidon. Pada suatu masa dahulu kekuasaan mereka menimbulkan ketakutan, tetapi sekarang mereka mati dan dipermalukan bersama-sama mereka yang gugur dalam peperangan. Mereka dikuburkan bersama-sama orang yang tidak mengenal Allah. Mereka menanggung hinaan orang yang turun ke dunia orang mati.
31 Raja Mesir dan tenteranya akan terhibur melihat semua orang yang mati dalam peperangan.” Demikianlah TUHAN Raja berfirman.
32 “Akulah yang menyebabkan raja Mesir menakutkan orang hidup, tetapi sekarang dia dan tenteranya akan dibunuh. Mereka akan dikebumikan bersama-sama semua orang yang gugur dalam peperangan, dan yang tidak mengenal Allah.” Demikianlah firman TUHAN Raja.